. Buletin.
Majlis Pecah Tanah Projek P1F

Taman Lamanda Chini Sentosa Fasa II, 10 April 2018

Sedia dimaklumkan bahawa Majlis Pecah Tanah untuk Taman Lamanda Chini Sentosa Fasa II akan diadakan pada April 10, 2018 (Selasa) dan projek P1F ini turut sedia dibuka untuk pendaftaran. Layari laman web kami untuk maklumat terkini.

Pelancaran Rumah Contoh P1F

Felda Lurah Bilut, 04 Februari 2018

Rumah contoh P1F di Felda Lurah Bilut, Bentong dibuka untuk kunjungan orang rami pada Februari 4, 2018 dan mendapat sambutan yang baik daripada penduduk-penduduk setempat.

Rumah Contoh P1F

Felda Lurah Bilut, 04 Februari 2018

Pelancaran Rumah Contoh P1F ini telah mendapat sambutan meriah daripada kalangan penduduk Felda Lurah Bilut. Maklumat terperinci sila layari:-

http://perumahan1felda.my/feldalurahbilut/

Sesi Menandatangani Perjanjian Jual-Beli

Projek Lepar Hilir Saujana II, 12 & 13 Ogos 2017.

Sesi menandatangani Perjanjian Jual-Beli projek Lepar Hilir Saujana II telah berjaya dilangsungkan pada 12 & 13 Ogos 2017 di rumah contoh Lepar Hilir Saujana II, Mukim Hulu Lepar, Daerah Kuantan, Pahang.

Lawatan Kerja Oleh Pengerusi Felda

Ke Felda Lepar Hilir, 7 Februari 2017.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), YB Tan Sri Shahrir Bin Abdul Samad telah mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Lepar Hilir Saujana II untuk peninjauan kerja-kerja dan tahap kemajuan pembinaan rumah projek P1F di Lepar Hilir Saujana II.

Taklimat Perumahan 1 Felda (P1F)

Di Felda Lurah Bilut

Taklimat mengenai P1F telah diadakan pada 28 Mac 2017 dan 15 April 2017 di Dewan Serbaguna JKKK Kampung Felda Lurah Bilut, Mukim Bentong, Daerah Bentong, Pahang Darul Makmur.

Pelancaran Rumah Contoh

Projek Lepar Hilir Saujana II, 1 Disember 2016

Rumah contoh projek Lepar Hilir Saujana II telah dilancarkan secara rasminya pada 1 Disember 2016 dan turut dibuka untuk kunjungan orang ramai pada hari yang sama.