Mengenai P1F

0 Comments

Cadangan Perumahan Satu Felda adalah hasil cetusan idea YB. Dato’ Abu Bakar Bin Haji Harun, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA Negeri Pahang yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan warga FELDA. Kesungguhan dan kegigihan beliau telah menjayakan pelangsungan projek P1F di Wilayah Felda, Negeri Pahang dengan hasrat untuk membawa warga-warga FELDA ke era kehidupan lestari.

Perumahan Satu Felda, merupakan projek usahasama antara tiga entiti, iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Felda Properties Sdn. Bhd. dan MTG Timur Sdn. Bhd. Usahasama ini menonjolkan kesungguhan dan komitmen pihak FELDA terhadap para peneroka dan warga-warganya, dengan sasaran merealisasikan impian mampu milik di kalangan komuniti FELDA.

Kolaborasi ini beroptimis membawa komuniti FELDA ke arah kesejahteraan hidup yang berhematkan gaya hidup yang sihat dan berkualiti di samping mewarisi semangat komuniti FELDA. Pelancaran P1F bukan sahaja berseiringan dengan misi FELDA tetapi turut memperkukuhkan teras FELDA ke arah komuniti contoh luar bandar.

P1F yang diperkenalkan, berteraskan konsep pembangunan 4 ‘K’ – Kehijauan, Kemampanan, Kesejahteraan, Keilmuan dan prinsip-prinsip reka bentuk bandar dapat membentuk kejiranan yang lebih komprehensif dan kondusif tanpa mengambilkira taraf sosial, bangsa dan kepercayaan di kalangan peneroka dan warga Felda serta generasi-generasi barunya. Kami dengan hati yang tulus, mempercayai bahawa usahasama ini dapat memenuhi permintaan semasa perumahan mampu milik di samping menyediakan suasana kejiranan yang berkualiti, harmoni dan selesa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *