Simbolik P1F

0 Comments

Simbolik Perumahan 1 Felda
Sarang Lebah Berheksagon

Bentuk Heksagon yang ditonjolkan sebagai simbolik P1F adalah ilham daripada sarang lebah dimana komuniti-komuniti FELDA diumpamakan seperti koloni lebah yang berkelompok dan sering dikaitkan dengan sifat kerjasamanya.

Setiap sel heksagon dalam sarang lebah merupakan hasil usaha dan kerajinan lebah dalam membina dan mempertahankan koloni lebah. Struktur sarang lebah yang berlapis-lapis bagaikan struktur warga-warga FELDA yang terbentuk daripada keluarga kemudian berkembang kepada kejiranan, Rancangan FELDA dan akhirnya Wilayah FELDA.

Pengenalan P1F menyuntik konsep pembangunan dalam aspek perancangan fizikal untuk menuju ke arah komuniti contoh luar bandar yang sejahtera dan mampan. Justeru, pembangunan P1F menterjemahkan kesungguhan dan hasrat FELDA untuk melahirkan warga FELDA yang besatu padu dengan berinspirasikan sifat Lebah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *