Logo P1F

0 Comments

GARISAN PUTIH yang merentasi bentuk heksagon umpama Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang merentasi Negeri Pahang dan NOD-NOD PUTIH bagaikan tol-tol di sepanjang LPT yang merupakan susur keluar utama untuk akses ke projek-projek P1F

Ikatan NOD MERAH dan NOD JINGGA melambangkan tanda kolaborasi antara FELDA, Felda Properties Sdn Bhd dan MTG Timur Sdn Bhd. dalam usaha memajukan projek-projek P1F.

GARISAN PUTIH yang meningkat seumpama graf taraf kehidupan yang menunjukkan pertumbuhan yang positif dan komprehensif dari pelbagai aspek dengan pelaksanaan projek-projek P1F.

BENTUK HEKSAGON adalah simbolik P1F dimana ia seumpama struktur pemajuan P1F yang terdiri daripada komponen-komponen Wilayah, Rancangan, Kejiranan dan Keluarga yang memainkan peranan penting dalam menyediakan suasana tempat tinggal yang berkualiti, selesa dan harmoni untuk warga-warga FELDA.

NOMBOR 1 menandakan hasrat FELDA dalam memperkukuhkan semangat komuniti yang menyumbang kepada pembentukan warga FELDA yang sehati dan sejiwa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *