Polisi Privaci Pendaftaran

0 Comments

Polisi Perlindungan Maklumat Peribadi Pelanggan Dan/Atau Bakal Pelanggan

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) ini dilaksanakan dan dikuatkuasakan dengan tujuan untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial dan melindungi kepentingan setiap individu. Pihak kami di MTG Timur Sdn. Bhd. menghargai dan menghormati maklumat peribadi dan privasi anda. Polisi Perlindungan Maklumat Peribadi ini menerangkan proses pengumpulan dan pengendalian data peribadi anda selari dengan polisi.

1. Pengumpulan dan Sumber

Dalam tempoh berurusan dengan pihak MTG Timur Sdn. Bhd. serta syarikat yang berkait/anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu, gabungan dan/atau ahli-ahli dalam kumpulan syarikat kami, data peribadi mungkin diperlukan bagi membolehkan transaksi serta memastikan kelancaran komunikasi berkenaan perkhidmatan dan/atau produk berkaitan dengan urus niaga yang sedang dijalankan. Ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara yang merangkumi tetapi tidak terhad kepada:

  1. Segala bentuk borang sama ada dalam bentuk elektronik atau bercetak;
  2. Sebarang surat menyurat berkenaan sebarang pertanyaan dan maklumat;
  3. Mana-mana perjanjian atau lain-lain dokumen yang ditandatangani atau dimeterai antara anda dan pihak kami berhubung dengan produkdan/atau perkhidmatan kami;
  4. Pihak ketiga termasuk wakil undang-undang, ejen, syarikat acara atau bekas majikan anda;
  5. Kad perniagaan atau maklumat lain yang diberikan kepada pihak kami, sama ada kepada kakitangan kami, ejen jualan dan pemasaran, atau lain-lain ejen.

2. Jenis-jenis Data Peribadi

Data peribadi yang dikumpul secara tidak langsung mungkin melibatkan maklumat yang berkaitan dengan diri anda, tetapi tidak terhad kepada maklumat berkaitan nama, umur, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat, alamat emel, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, pekerjaan, jumlah pendapatan, maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon bimbit/rumah dan faksimili, bangsa, kerakyatan, jenis-jenis pinjaman yang dipohon berkaitan dengan pembelian hartanah berserta maklumat berkenaan pihak yang boleh dihubungi sekiranya berlaku kecemasan seperti penjaga, penyewa, wakil-wakil yang diberi kuasa, kontraktor, peguam dan pembiaya kewangan, yang mana mungkin tertakluk kepada perlindungan data berkenaan dan undang-undang lain yang berkaitan.

3. Tujuan Pengumpulan dan Pemprosesan

Pihak kami memproses data peribadi anda dengan tujuan-tujuan berikut (secara kolektif, “Tujuan”):

  1. Tujuan yang diperuntukkan dalam mana-mana perkhidmatan atau produk tertentu yang ditawarkan oleh pihak kami ataupun rakan niaga kami;
  2. Untuk mentadbir dan menjalankan prosedur pengurusan perhubungan pelanggan dan bakal pelanggan kami;
  3. Untuk mengekalkan rekod pelanggan atau/dan bakal pelanggan serta demi penyimpanan rekod dalaman;
  4. Bagi menjalankan aktiviti pemasaran, pengendalian profil pelanggan dan perkembangan perniagaan, penyelidikan pemasaran dan analisis statistik, serta kaji selidik berkaitan dengan projek, produk dan/atau perkhidmatan terhadap pelanggan;
  5. Memproses permohonan anda di bawah mana-mana program kami;
  6. Mematuhi sebarang undang-undang dan peraturan yang ditetapkan dan membuat pendedahan di bawah kehendak undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling dan/atau kod yang boleh digunapakai dan untuk pencegahan jenayah;
  7. Untuk pemberitahuan mengenai notis, maklumat yang berkaitan dengan perkhidmatan atau produk masa kini dan akan datang dan pemasaran tentang perkhidmatan atau produk serta pelancaran produk baru atau sebarang acara promosi dan pertandingan;
  8. Menyediakan dan melaksanakan semua dokumen dan perjanjian yang diperlukan yang berkaitan dengan transaksi penjualan dan pembelian, dan untuk menjalankan kewajipan di bawah perjanjian bagi produk, perkhidmatan, dan/atau aset yang diperlukan untuk menjalankan dan menguruskan perniagaan melingkupi tetapi tidak terhad kepada hal berkaitan pengurusan pemasaran dan pengendalian aset, termasuklah transaksi sub-jualan, pembiayaan semula, jualan lelong, pengutipan bayaran tertunggak dan lain-lain;
  9. Serahan pemilikan kosong, penyerahan kunci, pengurusan hartanah, khidmat pelanggan, kerja-kerja pembaikan, perkhidmatan selepas penyerahan pemilikan seperti perkhidmatan rumah kelab dan keselamatan;
  10. Membenarkan kami untuk menambahbaiki dan mengemukakan maklumat persendirian kepada pihak yang berkenaan seperti badan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, agensi-agensi, institusi swasta, pihak berkuasa tempatan dan institusi-institusi yang berkaitan.

4. Pendedahan

Secara umumnya, kami akan mengekalkan maklumat peribadi yang diberikan kepada kami sebagai sulit. Walau bagaimanapun, anda secara langsung membenarkan pendedahan maklumat peribadi anda oleh kami kepada pihak ketiga yang mungkin berada di dalam atau diluar malaysia dengan sebab yang berkaitan dengan tujuan:

  1. Mana-mana pihak yang mana kami diwajibkan untuk mendedahkan maklumat peribadi anda selaras dengan keperluan undang-undang atau di atas permintaan badan-badan berkuasa, termasuk agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, majlis tempatan dan/atau pengawal selia industri yang merangkumi tetapi tidak terhad kepada pejabat tanah, Jabatan Pendaftar Tanah, Kementerian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan, Lembaga Tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Hasil Dalam Negeri, serta mana-mana pihak ketiga lain yang diperintahkan oleh mahkamah; pembekal kemudahan awam dan utiliti termasuk tetapi tidak terhad kepada Indah Water Konsortium, Syarikat Air Perlis (SAP), Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA), Lembaga Air Perak, Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), SAJ Holding Sdn Bhd and Tenaga Nasional Berhad;
  2. Kontraktor dan pembekal perkhidmatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada juruaudit, perunding, akauntan, peguam, penasihat profesional dan kewangan, bank dan institusi kewangan, pemberi pinjaman, syarikat insurans dan syarikat pengurusan hartanah;
  3. Syarikat yang berkait/anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu, gabungan dan/atau ahli-ahli dalam kumpulan syarikat kami;
  4. Rakan kongsi perniagaan dan yang terlibat dalam usahasama bersama;
  5. Pemilik tanah yang berkaitan, Badan Pengurusan Bersepadu, Perbadanan Pengurusan dan/atau persatuan penduduk.

5. Perlindungan Data Peribadi

Data peribadi anda adalah keutamaan kami. Justeru itu, kami bertanggungjawab untuk memastikan maklumat peribadi anda dikendalikan dengan selamat. Kami akan melaksanakan pentadbiran dan perlindungan keselamatan, prosedur dan dasar-dasar yang boleh diguna pakai serta selaras dengan undang-undang yang sewajarnya, untuk mengelakkan dari berlakunya penggunaan maklumat peribadi tanpa kebenaran dan menyalahi undang-undang, serta kehilangan, kemusnahan atau kerosakan kepada data peribadi sepanjang masa.

6. Akibat Keengganan atau Kegagalan untuk Membekal

Keengganan atau kegagalan untuk membekalkan data peribadi mungkin akan membawa kepada akibat yang berikut di mana pihak kami tidak akan dipertanggungjawabkan:

  1. Ketidakupayaan pihak tertentu untuk merasmikan dan/atau menjalankan perjanjian atau transaksi berhubung penjualan hartanah, produk dan/atau perkhidmatan kami;
  2. Ketidakupayaan pihak kami untuk membekalkan anda dengan maklumat, produk dan/atau perkhidmatan yang dikehendaki;
  3. Ketidakupayaan untuk memberikan anda maklumat mengenai produk dan/atau perkhidmatan kami serta mendapatkan maklumbalas berkenaan produk dan/atau perkhidmatan kami;
  4. Ketidakupayaan untuk melengkapkan transaksi komersial berkaitan projek, produk dan/atau perkhidmatan kami;
  5. Ketidakupayaan untuk mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang, garis panduan dan/atau kod yang boleh digunapakai ke atas kami.

7. Akses dan Pembetulan

Anda mempunyai hak untuk:

  1. Meminta kami membetulkan sebarang data peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskini;
  2. Memaklumkan kepada kami bantahan anda terhadap penggunaan data peribadi bagi tujuan pemasaran;
  3. Menarik kembali, secara penuh atau sebahagian, kebenaran anda tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang yang diguna pakai,syarat-syarat kontrak dan tempoh masa yang munasabah.
  1. Anda boleh membuat rayuan berkenaan pengaksesan atau pembetulan data peribadi, atau mengehadkan penggunaan data peribadi pada bila-bila masa dengan mengemukakan permohonan bertulis kepada kami melalui:
  •  
      No. Tel : 04-506 2769 / 04-506 2779
    1. Faks : 04-506 2789
    1. E-mel : adminmtg@mtggroup.com.my
  •  
      Sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda, hendaklah juga disalurkan kepada kami melalui cara tersebut. Walau apa pun penarikan balik kebenaran daripada anda, pihak kami mungkin akan menyimpan dan memproses data peribadi anda selaras dengan undang-undang dan/atau seperti yang dikehendaki di dalam syarat-syarat kontrak.

8. Kebenaran Pihak Ketiga

Sekiranya anda telah memberikan data peribadi pihak ketiga (contohnya waris yang dihubungi semasa kecemasan, penyewa, wakil yang diberikuasa, kontraktor, peguam, pembiaya) kepada kami, adalah dinasihatkan bagi anda untuk mendapatkan persetujuan mereka terlebih dahulu untuk membenarkan kami merekod dan memproses data peribadi mereka selaras dengan tujuan yang telah dinyatakan.

9. Perubahan Polisi Perlindungan Maklumat Peribadi

Dari semasa ke semasa, pembaharuan Polisi Perlindungan Data Peribadi mungkin diperlukan bagi memastikan ianya selaras dengan perubahan undang-undang dan operasi atau dasar perniagaan kami. Oleh itu, anda digalakkan untuk menyemak sebarang kemaskini berkenaan polisi ini dari semasa ke semasa.

10. Persetujuan/Kebenaran

Dengan mendedahkan data peribadi anda, anda telah bersetuju dan memberi keizinan untuk MTG Timur Sdn. Bhd. dan syarikat berkait/anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu, gabungan dan/atau ahli-ahli dalam kumpulan syarikat kami untuk terus menggunakan data peribadi anda selaras dengan polisi yang diberikan. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan polisi ini, sila hubungi kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *